Jan 17, 2018

Brownies Sedap Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum...


Hi korang. Lama jugak daku menyepi. Takde idea nak mengarang kekdahnya. Padahal banyak gila benda nak dicerita. haha~


Oke hari ni saja nak share pasal bisnes baru aku. Kemain dah ada bisnes sekarang. kahkah~  Mana yang follow page aku tahu lah pasal bisnes baru aku ni. Takde gah sangat pun. Bisnes jual brownies je wakkk. Tu pun lepas join kelas online dengan cikgu Nana, terus rasa confident nak meniaga brownies. 


Seumur hidup aku memang tak pernah buat brownies tau! Makan pernah lah. Bila cikgu Nana kata dia ada buat kelas, laju je join! Eh tapi memang baloi lah join. Sebab aku suka sangat beli brownies dia. By the way cikgu Nana duk Kemaman ye. So kalau beli brownies dari dia kena pos lah. Tahun 2018 ni apa nak heran orang pos brownies. πŸ˜œ  So, now dah tahu buat sendiri, bebila teringin brownies boleh terus bancuh dan bakar. Senang je rupanya. haha! 


Tapi percayalah, resipi cikgu Nana TAK SAMA langsung dengan mana² resipi yang aku tengok kat Youtube or tv. Lagipun, bila join kelas, aku belajar sekali segala maknek tips and tricks untuk bagi brownies tu bertambah ummpph! Kat Youtube mana cerita tricks² semua tu. Bahan² pun ada banyakkkk jenis yang dijual kat kedai bakery. Newbie macam aku ni mana tau jenama apa yang lebih sedap?? gituu


Untuk readers yang baru tahu bisnes baru aku ni, sudi² lah support and follow my new instagram πŸ‘‡


Klik gambar untuk follow!


Bawah ni pulak list harga brownies yang dijual SETAKAT ni:


Untuk toppings semua ni terpulang lah korang nak apa sebenarnya. Buat masa ni aku pernah buat toppings:
πŸ‘‰ Peanut butter
πŸ‘‰ Nutella/caramel drizzle
πŸ‘‰ Almond nibs


Aku baru start meniaga bulan 11 tahun lepas. Baru 3 bulan. Tu tak banyak choice lagi. Tapi aku akan sentiasa improve deco from time to time. Bab rasa memang takde masalah, SEDAP! Bab deco tu je aku lemah sikit. Mungkin kena join kelas deco pulak kot. hehe~


 Ni feveret aku! Selain plain. haha~ Toppings lain aku tak kenan. Yang plain aku suka makan dengan eskrim vanilla. Sedap wooo! Kalah Pizza Hut punyaaa πŸ˜  Tapi laki aku tak kenan topping cheese sebab rasa more to cake. Yelahh cheese tu buatkan brownies tu moist sangat. Lantak situ. Aku tetap suka! hahaha~


Selain jual dalam box (8"), aku ada jugak jual dalam bentuk mini pack. Biasa student suka order mini pack ni. Yelahh nak makan sorang, takkan beli sekotak pulak kan? Kat hostel susah pulak tu nak simpan stok makanan banyak². Setakat ni student Uniten and UKM yang selalu order brownies mini pack.


Nak letak toppings pun bolehhh! Kalau macam ni harga RM13. Minimum order 2 pack.


Aku guna PURE butter dan bahan² premium untuk semua brownies aku. Butter tu kadang guna jenama SCS, kadang La Belle. Korang boleh check kat kedai bakery berapa harga bahan² yang aku guna. Kalau korang nak guna coklat yang lebih mahal macam Callebaut coklat pun boleh. Harga kita discuss kemudian😁


Apa² pun yang membuatkan brownies aku sedap ialah sebab aku buat penuh kasih sayang. bahaha  Kasi can laa puji brownies sendiri. Eh bukan aku sorang puji, boleh kata semua customer aku cakap sedap! Tak percaya pi tengok @daridapuryanamib, ada aku letak sekali feedback customers dalam tu.


Ouh aku enjoy sangat dengan bisnes baru aku ni. Hari² bancuh brownies pun aku oke. Penat, tapi happy! Buat masa ni juga aku hanya fokus buat brownies je. Dan aku mampu terima order MAX 2 kotak je sehari (weekdays), dan 3 kotak (weekend). Tengah memboyot ni tak larat sangat duk dapur lama². Aku suka makan kek² sebab tu aku berani jual. Aku takkan jual benda yang aku tak suka buat/makan. Tak feel. haha~  In future insyaAllah akan bertambah lagi produk² lain. Follow rapat² @daridapuryanamib na. Update semua kat situ. Blog ni bebila rajin je aku update. haha~


Meh la order sekotak korang rasa sendiri. Kalau sedap war-warkan, kalau tak sedap/need improvement korang roger je aku direct. Aku oke je nak terima kritikan. Yelahh tekak kita lain², aku kata sedap, tak semestinya semua orang pun akan cakap sedap. kan?


Thank you korang sudi support aku. Doakan aku boleh pergi jauh dengan bisnes baking ni kayy! Laff u guys so strong! πŸ˜˜πŸ˜˜








p/s: Buat masa ni aku tak berani pos brownies. Sejak new year hari tu ada 2 orang customer aku bermasalah dengan kurier. Mungkin penangan sale tahun lepas tak reda lagi. Mungkin juga depends pada lokasi. Nak selamat aku prefer COD sahaja. Sorry korang! πŸ™



Terima kasih sudi membaca!

Jan 2, 2018

Pusat Sains Negara 2017

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sempat jugak jejak Pusat Sains Negara (PSN) masa tengah free entrance. kikiki~  Gigih nak pi jugak! Walaupun bertiga je dengan anak². Macam aku pernah mentioned dalam entry sebelum ni, apak dorang pi Jepun. Aku malas nak tunggu dia, kang kelaut planning.


Aku pi hari Isnin. Saja amek cuti dengan harapan tak ramai orang *you wish!*. Dah nama cuti sekolah. hahaha  Tapi rasanya still oke banding pergi weekend.


Happy face! Menurun perangai mama asal keluar rumah je happyyyy😝


Keluar rumah awal pagi, err dalam 8.30am gitu kot. Singgah breakfast kat R&R Serdang. Kuih² kat situ sedap. Hari kerja pun aku suka beli breakfast kat situ. Lepas breakfast dalam kereta *sebab sejuk ada ekon. lol* baru teruskan perjalanan pi PSN. yeyy!


Aku tak familiar jalan area sana. Tapi waze kan adooo. Jangan derhaka je dengan waze insyaAllah tak sesat πŸ˜


Sampai PSN dalam 10.20am gitu. Ya ampun parking dah full??!!! Kena park seberang jalan. Erm memang dorang ada sediakan parking khas seberang jalan tu. Ada jejantas lagi untuk seberang jalan so agak convenience jugak sebenarnya. Cuma yelahh aku sorang nak handle 2 tentera ni mengah la jugak menapak jauh² tu. Walaupun ada stroller. pheww~πŸ’ͺ


Masuk je entrance nampak akuarium dulu. Zafirah suka la tengok fish besar² gitu. Zafran tu kenapa tah nangis. Takut barangkali. adudu~


Aku pun tak pasti lah sesuai ke idak bawak anak umur 5 tahun dan ke bawah datang PSN. Yelahh dorang bukan faham sangat pun pasal SAINS. kahkah~  Tapi aku saja nak bagi Zafirah explore.


Sampai lah satu kawasan ni, "Alam Kanak-kanak" nama diberi. Haa kat sini jangan kata budak 5 tahun, budak 2 tahun pun sawannnn!! Boleh pulak dua beradik tu serentak jerit,
'waaaaa!!!!' 
'yeyyy!!!!'


Dia macam playland. Macam² jenis mainan ada. Seram sejuk aku masuk sini weiii! Duk mikir macam mana lah aku nak bawak dorang keluar dari sini nanti??? πŸ€•


Kawasan ni memang khas untuk kids 4 years and below. Tempat lain agak extreme and ada ketinggian khusus untuk masuk. Zafirah of course la nak main yang extreme sikit. Tapi susah la aku nak control kalau dia main jauh². Ramai orang kat sini. Ramai sangat! Tahap serabut punya ramai. haa boleh bayang? So aku suruh dia main sini je dekat dengan adik. huhu~


Tak lama pun lepak playland. Tak sampai setengah jam kot. Lepas tu aku ajak dia round tempat lain. Mujur dia oke.


Dia dah pandai membaca, bila dia sibuk tanya, "mama ni untuk apa, tu apa??" haa aku jawab je, "kaklong baca lah situ dia ada cerita." lol~😜


Ada kisah tragis masa ni. Salah satu bola yang ada kat atas tu terjatuh atas lantai. Kau tau si Zafran tu boleh merangkak masuk bawah besi² tu sebab nak kutip bola yang terjatuh tetengah mesin tu?? ya ampunn berderau kejap darah aku masa ni. Dah la ramai orang berkerumun situ. Susah aku nak capai tangan dia. Mujur ada orang tolong tarik dia keluar dari situ. Hai lah anak teruna. Jangan pepandai jadi berani kat tempat awam boleh tak?? Mama ni bukan lah sentiasa boleh jadi superwoman. Ada masa tak mampu jugak nak control anak² melasak πŸ€•


Giant sempoa. Teringin nak ajar Zafirah guna sempoa. Hari tu pernah nampak DIY ada jual. Time bebetul nak beli dah takde pulak. Nanti lah try cari kedai stationery ke.



Zafran memang tak paham apa pun. hahaha kesian dia. Dia have fun sebab kaklong have fun!πŸ˜‚


Ni semua level bawah. Rasanya ada 2 level je kot dalam ni. Level atas more to pameran sains macam keratan rentas telinga, pasal biasan cahaya, angin etc etc. Tak reti nak explain. LoL


haa ni pun ada. Anak² aku tak faham apa pun yang ada kat atas ni. hahaha


Ni macam wayang kot. Tak pun wayang 3D ke, tak sure pulak. Ramai beratur. Aku memang sah-sah takleh masuk. Tak cukup syarat! πŸ˜’


Habis round, bagi dorang main lagi kat Alam Kanak-kanak tu. Zafirah nak sangat main gelongsor tinggi². haa main lahh! Masa ni ada satu bahagian mainan tutup. Dia ada masa tertentu je bukak. Yang aku ingat pukul 12-2pm dia tutup. So tak ramai sangat orang kat kawasan ni. Boleh la aku duduk dekat dengan tempat Zafirah nak main. Zafran tu aku hulur makanan dia duk la diam² kalau tak menggelupur jugak nak follow kaklong main. Haa masuk sini aku bawak je bekal roti and air mineral. Berjam² nak lepak sini, dengan dorang pun kemain lasak main, confirm akan lapar dan dahaga. Kat bahagian luar tak nampak pulak cafe or restoren. Yang ada gerai² jual makanan ringan macam sosej, nugget etc. Bawak je lah bekal sendiri, yang penting JANGAN BUAT SEPAH! ✌


Aku bagi masa 30 minit je untuk dia main². Penat lah nak tunggu. Panas sikit kawasan ni sebab bumbung dia jenis direct cahaya matahari. Tak rasa langsung ekon. Memang tak selesa lah senang cerita. Lagipun dah pukul 1pm. Aku dah lapar πŸ˜


Last posed sebelum balik. Suka aku nyakat Zafran tu dengan ikan² dalam tu. kikiki~


Actually belah luar PSN ada taman permainan, ada swimming pool bagai and mini zoo kot. Aku tak lalu pun taman luar tu. Panas terik wehh! Dah la kena turun naik tangga. Tak sanggup lah. On the way nak pi parking pulak ada patung² dinasour. Syok bergambar situ. Tapi nak pi situ kena turun tangga jugak, tinggi! Dengan panas lagi. Baik aku pi makan lagi best. haha~


Aku decide nak lunch kat IKEA Damansara. Dah dekat dengan PSN tu. More, tempat makan dia ada mainan best sikit dari IKEA Cheras. Sebab ada touch screen. hihi~


Ramai orang weh! Ramai sangat! Dengan beratur panjang. Tapi aku kan gigih, demi memenuhi selera anak tekak πŸ˜œ  Mujur jugak rezeki baik tak susah sangat nak dapat seat yang ada mainan.


Seat macam ni. Kat IKEA Damansara ni ada 1 je seat gini if tak silap. Kalau kat Cheras ada 2. Daku bukan lah pengunjung tegar IKEA, tapi dah selalu jugak datang makan sini tu yang boleh hafal seat macam mana, mainan jenis apa semua. haha~


Surprisingly, mood Zafran baikkkk sangat! Takde adegan cubit² or gaduh dengan budak lain. Elok je share² main dengan orang lain. Good boy!πŸ‘


Rezeki aku jugak jumpa orang baik². Orang meja sebelah banyak tolong aku. Time aku nak basuh tangan, nak amek air, refill air, amek cili sos, dia lah tolong jaga meja and anak² aku. Anak aku pun siap jadi geng dengan anak dia. haha~   Thank you so much kak!


Lama jugak lah aku melepak IKEA. Ada la 2 jam kot. haha~  Saja bagi dorang main puas². Almost pukul 4pm gitu kot aku ajak dorang pi surau, aku tak solat Zuhur lagi. Zafran pulak memberak, nice sangat timing!😏  Masa nak tukar pampers Zafran jumpa lagi akak meja sebelah. Borak² rupanya dia first time sampai IKEA. Orang Langkawi. Saja datang bercuti rumah mertua. Esoknya nak berjalan ke Melaka pulak. Rajin asben akak drive jejauh tu. Laki saya nak drive pi Klang pun dia malas. LoL~


Lepas solat, terus balik. Tak round IKEA pun. Lagipun dah petang sangat, aku taknak sama timing dengan orang balik kerja. Haru kang redah jem.


Dalam kereta, tidur. As expected! Jangan tanya mana carseat. Tak larat nak hangkut dari tingkat atas masuk dalam kereta. Ada banyak surah/doa pelindung kan? Baca lah semua yang tahu. Drive pun slow², takyah jadi pelesit sangat. InsyaAllah selamat perjalanan ✌


Masa nak masuk federal hujan. Singgah beli Starbuck kat Petronas Solaris, sebelum exit UPM tu. Situ ada drive thru. Aku suka Frappuccino Chocolate Cream Chip. Add on whipped cream some more. nyummm! Reward untuk diri sendiri kekdahnya. Ingat senang nak handle 2 tentera jalan² gitu? Dengan perut membuyong lagi walaupun belum sarat tapi mengah jugak lah.


Tengah tunggu air siap hujan turun lebat gilaaa! Sampai rumah aku blur camne nak angkut dua orang tu keluar dari kereta. Porch rumah aku takde full awning. So kena tempias hujan jugak. Last² lepak je dalam kereta sampai dorang bangun. LoL~


k tu je nak cerita. Aku tak sure nak rate macam mana PSN tu. Cuma bagi aku kids below 10 tahun and warga emas tak sesuai pi situ. Eh masa aku pi takde lagi nampak barang pecah² macam yang viral baru ni. Tapi ada lah benda yang dah tak function. Mujur lah free. Harap bila berbayar nanti rakyat Malaysia lebih berhati² bila nak guna barang² yang dipamerkan termasuk lah mainan.


Till next entry. Happy new year korang! πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015