Jul 17, 2017

Sambungan Raya Day #1

Assalamualaikum...


Aci tak main sambungan²? hahaha~  lantak situ. oke ni memang entry sambungan dari entry Syawal Pertama hari tu. Kalau ada yang belum baca lagi pi klik entry Syawal Pertama tu eh.๐Ÿ˜


Lepas sesi bersalaman, bagi duit raya, bergambar, kitorang semua keluar beraya. Family aku macam biasa lah, pi rumah atok aku kat Shah Alam. Satu² nya atok yang aku ada sekarang ni. Belah mak dah takde siapa dah. Belah ayah je ada atuk lagi. ayuh jumpa atok!


 Umur atok dah 81 tahun. Kot la ada yang wondering. hahaha~ Alhamdulillah masih tegap, masih berselera makan, masih mampu berjalan raya dan pi holiday. Bekas askar kekdahnya. Gitu lah kudrat dah tua pun masih bertenaga ๐Ÿ’ช


Tak lepak lama pun rumah atok sebab nenek nak pi beraya rumah mak dia. Maka ke Ampang lah pulak. Rumah mak Onga (kakak mak).


 Boleh kata semua adik beradik mak berkumpul Ampang, kecuali mak tuo (kakak sulong mak). Dia beraya kat Melaka dengan anak beranak dia semua. Sebab kami dah takde atok nenek jadi sukahati nak berkumpul rumah siapa. hehu


Raya dan duit raya berpisah tiada *ewahh!* Tapi kakyong suka nau nyakat bebudak. Sebelum bagi duit raya kang dia suruh nyanyi lah, tanya soklan lahh. Cousins yang dah besar² oke lah layan. Ce anak² aku dia buat gitu? terus dorang takmo duit raya tu. Dorang bukan paham lagi betapa pentingnya duit² raya tu demi masa depan dorang. hahaha ๐Ÿ˜‚


 Thank you cikyong! ๐Ÿ˜˜


 Thank you mamak Aman bagi duit rayaaa...aku memang stress kalau si Azfar Roslan tu amek kan gambar. Tangan dia memang ada sindrom parkinson ke hape tak tau lah. Bergegar manjang.๐Ÿ˜‘


Cuzziesss...and makcik pakcik...and nephews...and niece terselit celah² tu halahh halahh ๐Ÿ˜


Lama jugak melepak rumah Mak onga. Siap solat Zuhur bagai. Pastu kitorang ke Keramat pulak. Beraya rumah mak sedara and pak sedara ayah.


Rumah pertama, rumah atok Enal (adik anjang aki). Every year rumah Atok Enal memang meriah dengan tetamu, especially hari raya pertama. Tak payah pi rumah setiap orang, jumpa kat rumah tok Enal je dah cukup. haha!


ni je lah gambar family yang macam hurmm ๐Ÿ˜‘ jadi lahh. Atok Enal yang amek kan gambar ni...


Beautipul cuzzies and makcik. Kat rumah atok Enal ni dah macam reunion/gathering family. Memang rumah wajib pi tiap kali raya. Mungkin jugak rumah dia besarrrrrrr so convenience sangat nak berkumpul ramai²


Next rumah nenek alang (adik arwah nenek). Sebelum tu ada pi rumah nenek sedara lain jugak tapi lupa snap gambar. Pastu pi rumah sedara mana tah. kahkah  Masih dalam Keramat. Sedara ayah aku ramai nau kat Keramat tu. Dah la jumpa setahun sekali. Ada yang beberapa tahun sekali baru jumpa, memang tak ingat. Ampun! ๐Ÿ™


alolo imam kemetot tu beria nau sujud sampai tertonggeng dah napeee


Masa ni dah pukul 6pm++. Patah balik Ampang sebab mak aku tertinggal fon kat rumah Mak Onga. Singgah solat kat surau Jalan Memanda tu jugak sementara tunggu mak Onga balik sebab dia keluar pi beraya rumah ipar duai dia. Lepas amek fon terus balik rumah. Malam tu follow dak encem balik kampung dia pulak kat Melaka.


Kejap je stay Melaka. Malam raya kedua tu pi Seremban, rumah Wan dak encem, pastu balik Bangi balik. Tak banyak rumah pun beraya kat kampung dia. Setengah hari je dah setel beraya semua rumah sedara mara dia.


Tu je lah kisah raya pertama and raya kedua sikit. Tahun ni team raya Selangor. Mungkin sampai bila² pun akan raya Selangor je lepas ni. Raya dengan family aku jugak best. kahkah~


Nanti sambung lagi eh cerita hari raya. tata~





Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

idzwa kamaruddin said...

meriah raya !

dhia lyna said...

bestnya raya hehe...salam ziarah sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015