Aug 8, 2017

Raya #Day13, BBQ di Ofis

Assalamualaikum...


Masa ni hari Jumaat. Bos aku propose buat BBQ tepi swimming pool. yaa opis aku ada swimming pool. Aku je tak pernah nak try swimming kat situ. haha~


Actually lama dah planning nak buat bbq ni. Aku punyai sejenis bos yang sangat suka makan dan belanja staff² makan. Dalam setahun ada banyak kali jugak lah dia belanja staff makan. Tak kisah lah sebab ada special occasion macam buka puasa ke, CNY ke, New Year ke, kadang dia datang sesaja dia ajak lunch ramai² kat Pappa Rich or mana² restoren berdekatan ofis. Gituu. 


So kali ni dia propose buat BBQ pulak. Aku pun tak pasti lah mana datang idea nak buat bbq bagai tu. Kitorang ni menurut perintah je lah. Padahal memasing pun jenis pemakan jugak. 2x5 je dengan bos. bahahaha


Pada hari kejadian, bos bagi kerja half day je. Lepas lunch semua boleh balik, prepare apa² yang patut, then datang ofis balik hangkut semua family members join. Nak ajak kawan² pun boleh katanya, tapi takde pun yang ajak kawan. Family sudah! haha~


 Aku sampai ofis balik pukul 6.30pm gitu. Jem weh! Jumaat kan. Memasing ada tugasan untuk bawak makanan. Aku order food dari katerer, ada yang ditugaskan untuk bawak tempat bbq, marinate ayam daging semua, jadi chef, tolong susun kerusi meja etc.


Semua ni aku order dari Echa Mewah Katering. Ada spaghetti goreng, mihun goreng, sandwich, nugget, sosej roll, potato salad, fruits. Manu lain macam lemang and rendang bos lain sponsor (ramai bos aku tau), ada yang dak encem bawak sikit dari opis dia. Air pulak opismet lain handle. Food untuk bbq pun opismet lain handle. Apa yang penting? KERJASAMA!!~ ✌


Salah satu menu bbq, ayam. Seksi² ayam tu. nyummm~ 


Head chef. bahaha~  Amir memang expert buat bbq. Tengok gaya pun tau dah. Selalu sangat dia bercerita dengan aku tips² masak daging, cara marinate, cara bagi daging lembut, cara nak pilih daging bagai. haa kali ni sila serlahkan skill anda depan bos dan kawan² lain. haha! eh memang sedap dia marinate ayam, daging semua. Paling aku suka dia punya sambal sotong. Aku pun tak reti buat sambal sotong sedap macam tu. Sotong tu pulak dibakar ye bukan goreng. Terbaikkkk! πŸ‘ oh btw Amir tu masih single. Kot la ada yang mencari jodoh terer memasak.😁


 Ni Nizam. Dia pun bawak alat bbq dari rumah dia. Sebab kalau nak guna yang Amir punya sorang memang tak cukup. Banyak sangat benda nak dibakar. Dah la lama nak tunggu bakar² ni. Tapi bila dah siap, hah nikmat tak terkata.😁


 Sambil tunggu dorang membakar aku makan eskrim. Bos belanja. Dia belanja eskrim memahal lak tu. Yang first round tu eskrim biasa². Second round dia beli eskrim mahal. haha~  Setiap orang merasa makan eskrim. Ada yang makan lebih dari satu sebab banyak sangat bos beli. See, bos aku memang suka sumbat perut staff dia dengan makanan. Bukan staff je dia suruh makan, ahli keluarga staff pun dia sumbat jugak makan banyak². hahahaha  Thank you bos! πŸ˜˜


 Suka korang ye dapat makan eskrim. Tak pandang kiri kanan dah. Tu yang kecik tu, menikmati sangat kan eskrim Magnum coklat πŸ˜


 Dah macam appetizer pulak eskrim tu😝


 Kebetulan beberapa hari sebelum tu birthday one of the staff, Su. So kitorang decide buat surprise kat dia. Accounts department belikan kek and goodies untuk bebudak ffuhh meriah!


 Terkejut Su ada kek untuk dia. Acah² dukung anak buah sebab malu orang nyanyi lagu happy birthday. hahahaha~  comel oke!


Head chef tetap setia membakar sampai ke malam. πŸ˜ Agak banyak jugak daging and ayam yang Amir beli. Siap berlebih². Silap order food katering banyak sangat. Biasa kalau buat bbq, tak order dah food lain kecuali side dish. Tapi bos aku risau makanan tak cukup. haha  takpe lah. Pengalaman. Lepas ni dah reti nak bajet untuk order food supaya tak membazir. Eh bos aku looking forward untuk buat bbq lagi akan datang tau. pfft!


Dalam pukul 10pm kitorang balik. Lagipun kawasan swimming pool memang tutup pukul 10pm. Merasa jugak lah Zafirah and anak² opismet lain berendam dalam swimming pool memalam. Zafran je penakut, dia nak aku terjun sekali dalam pool tu. Tak kuasa oke. Makan lagi best.


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Chekgu Azrine said...

eh...serius terliur ahkak tngk segala mala jenis makanan tu esp ayam seksi tu..huwaaaa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015